Hari ni pagi yang sejuk menyelubungi Kota Bharu. Hujan yang turun hingga tengah hari sedikit sebanyak menyegarkan pokok pokok yang dah banyak bulan kekeringan sebab dah lama tak hujan. Disebabkan cuaca sejuk, terbabas tidur tengah hari baru sedar hahaha. Bangkit dari tidur, terus siap siap nak hantar mama ke tempat kerja beliau. Then, lepas hantar mama, saya balik ke rumah dan simptom simptom kebosanan sudah mula timbul.
Apa nak buat ha?
Haa maka sel sel otak mula berhubung untuk memikirkan idea apakah yang perlukan dilakukan masa boring ni. Hujan hujan ni tido je best tapi disebabkan terlebih tido, saya pun mulalah mencari laptop kesayangan untuk menghiburkan diri. Hasrat untuk menghiburkan diri dengan online Facebook bertukar menjadi lebih serius dan ingin tahu apabila ternampak posting tentang LSD(limited slip differential) Full Lock dalam sebuah grup automotif dalam wall Facebook saya. Maka apa lagi? Jom la ke Youtube untuk mencari maklumat tambahan berkaitan LSD tersebut. Tetapi kenapa Youtube? Jawapannya boleh saja nak cari dalam Google tentang web yang menceritakan perihal LSD tetapi saya malas membaca, jadi rangsangan melalui video lebih efisien dalam menyampaikan maklumat kepada saya hehe. Saya hanya menjumpai dua video berkaitan LSD tersebut dan salah satu video tersebut mengambil sistem differential daripada Toyota dan menjelaskan dengan lebih lanjut. Serius cakap, 50% je yang saya faham sebab saya masih tiada basic tentang bagaimana LSD berfungsi secara meknikalnya. Setelah tamat video tersebut, saya terlihat cadangan video yang berkaitan bagaimana klac dan kotak gear boleh berfungsi. Wahh, menarik!! Setelah melihat video pertama ni http://www.youtube.com/watch?v=aAWxZRuBXtw , saya masih samar samar dan pening lalat kerana tidak memahami cara sistem tersebut berfungsi. Tamat video tersebut, semangat makin membara mahukan penjelasan tentang sistem klac dan kotak gear konvensional dan bagaimana ia berfungsi. Maka saya klik pula di video ini http://www.youtube.com/watch?v=K53cPGRE1Kk dan ini http://www.youtube.com/watch?v=pqF-aBtTBnY , semakin cerah kefahaman saya dan saya mencari lagi beberapa video untuk penjelasan yang lebih akhirnya saya menjumpai video ini http://www.youtube.com/watch?v=zgb8-2Y4A8A yang berdurasi hambir 29 minit menerangkan secara terperinci bagaimana sistem tersebut berfungsi. Akhirnya dengan izin Allah, dapatlah saya memahami sedikit sebanyak tentang bagaimana sesebuah kotak gear dan klac berfungsi bagi menyalurkan kuasa enjin ke permukaan jalan. Sejujurnya masih ada perkara yang menjadi kemusykilan dan saya akan mencari jawapan tersebut dalam masa terdekat. Sesungguhnya, memahami enjin lebih mudah berbanding kotak gear dan klac hehe.
![]() |
explode diagram untuk sistem klac sumber: Google |
yang ni sup gearbox.. bukan gearbox haha |
Setelah mendapat ilmu yang berguna pada hari ini, mula terlintas di fikiran, taknak check kereta sendiri ke? Jadi, apalagi, dengan berbekalkan sebotol air perigi, sebotol minyak pelincir Honda, saya mendekati kereta kesayangan dan mula membuka bonet hadapan(hood). Pada mulanya saya memeriksa keadaan minyak pelincir enjin dan mendapati ia perlu ditambah(sebab masa last servis, hanya sparuh botol diisi ke dalam enjin. Lepas tu tambah dengan minyak Bardahl.). Minyak pelincir Honda digunakan meskipun enjin kereta saya ialah enjin 3A keluaran Toyota ha ha ha. Tidak mengapa, boleh saja digunakan tanpa sebarang masalah. Saya menambah minyak tersebut hingga ke paras sepatutnya dan langkah seterusnya ialah menukar air radiator kereta tersebut. Setelah semuanya selesai, saya menghidupkan enjin untuk membiarkan minyak pelincir dan air yang baru disalin tadi untuk mengelilingi ruang blok enjin. Setelah dibiarkan melahu selama 15 minit, saya mematikan enjin dan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah :)
![]() |
inilah kereta tersebut.. jentera retro yang perlukan belaian klassik :) |
![]() |
tongkat ali untuk enjin berusia haha |
![]() |
minyak Honda di enjin Toyota? No problem bro :) |
Setelah malam menjelma, saya dan abekeppa keluar jalan jalan di Wakaf Che Yeh. Misinya adalah untuk mencari kasut untuk dipakai ke kelas sem hadapan tetapi malangnya tiada yang berkenan di hati. Setelah menghabiskan dua bungkus jambu batu kami berangkat pulang. Balik awal sebab kami budak baek hehehe^^ Sekian saja untuk hari ini, see you tomorrow!! BYEEEE :)
No comments:
Post a Comment