Hari ni, Ahad, jam 11.30 pagi baru diriku tersedar dari mimpi hehe. Bangun je terus sarapan keropok lekor dari Terengganu, memang awesome wa cakap samu lu ha ha ha. Habis je sarapan, mama ajak pergi ke Balai Islam, Lundang, kerana sekarang ni sedang berlangsung jualan murah dari syarikat Pacific. Apalagi? Mandi dan bersiaplah diriku untuk ke sana. Sesampai di Balai Islam, saya dan mama terkejut kerana orang ramai mengunjungi jualan tersebut walaupun hari ini adalah hari bekerja bagi negeri Kelantan. Masuk sahaja dalam dewan tempat jualan itu berlangsung, saya melihat banyak barangan keperluan dijual dengan harga yang sangat murah, sesetengah barang dapat diskaun sampai 80%, mana nak cari? Kompem syok shopping kat sini hehe. Jualan ini sangat sesuai kepada pelajar lepasan SPM yang bakal melangkah ke universiti kerana hampir semua barang keperluan dijual disini dengan harga yang sangat murah. Untung wooo..
Dalam banyak banyak barang saya hanya beli cadar dan ubat gigi, jangan tanya kenapa ubat gigi, murah yang amat. Cadar tersebut harga asal dalam lingkungan RM150 hanya dijual dalam RM30 sahaja!! Boleh la merasa cadar baru di sem hadapan ha ha ha. Tapi kenapa tajuk entry kali ni hari ni hujan lagi? Apa kaitan dengan shopping? Sebenarnya lepas selesai membeli, saya dan mama bercadang untuk beredar dari tempat jualan tu dan semasa dalam perjalanan ke tempat parking, hujan turun dengan lebatnya tanpa sebarang amaran. Nasib baik saya dan mama dah dekat dengan kereta, takda la sampai basah lencun hehe syukur :)
Setelah menghantar mama ke tempat kerja beliau, saya pulang ke rumah. Setelah sampai ke rumah, jeng jeng jeng, keboringan melanda diri. Mula lah saya menghidupkan televisyen dan mencari rangcangan untuk ditonton. Belek punya belek, saya terlihat rancangan dalam saluran HBO yang bertajuk, Jack and The Giant Slayer. Movie ni menarik, tentang petani muda yang hidup susah dan meniaga dalam satu kota, nak dijadikan cerita, ada seorang rahib inginkan kuda yang dijual nya tetapi rahib itu hanya membayarnya dengan kacang yang dikatakan sakti. Petani tersebut pulang ke rumah dan dimarahi oleh pakciknya kerana begitu mudah dia menjual kuda tersebut dengan hanya bayaran beberapa biji kacang. Pakciknya beredar dari rumah dalam keadaan marah dan tiba tiba seorang puteri datang ke rumahnya dalam keadaan basah disebabkan hujan lebat. Dia menjemput puteri tersebut masuk ke rumahnya dan mereka berbual sehinggalah kacang yang diberi oleh rahib tadi terkena air hujan kerana rumahnya bocor. Kacang tersebut membesar dan terus membesar dan dari situlah bermulanya pengembaraan petani tersebut ke alam gergasi hehe. Seterusnya? tengok sendiri ha ha ha barulah saspen :)
Pabila malam menjelma, saya keluar jalan jalan di kawasan Tambatan DiRaja berhampiran Sungai Kelantan, saya langkah kanan kerana terdapat band yang membuat persembahan di dataran tersebut. Dengan angin yang sepoi sepoi diiringi lagu lagu lama, sangat menenangkan jiwa penonton.
![]() |
ni masa diorang sound check |
![]() |
masa ni main muzik je |
![]() |
yang ni dah ada yang menyanyi |
Lebih kurang jam 10.30, saya berangkat pulang sebab perut dah mula menyanyi kelaparan hehe sekian saja daripada saya hari ini. See you tomorrow!! :)
No comments:
Post a Comment