Friday, May 16, 2014

Ehhh 16 Mei?? Yee hari ni Hari Guru laa bro!!

     Ya betul, hari ni tarikhnya nye 16 Mei dan seperti sedia maklum, hari ni ialah Hari Guru yang disambut di seluruh Malaysia. Tetapi malangnya, bagi negeri negeri yang cuti pada hari ni (jumaat) mereka tak berkesempatan untuk menyambut Hari Guru bersama guru tersayang mereka pada hari ini. Mungkin pada ahad ini, sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan di sekolah masing masing. Jikalau berkesempatan saya juga berminat nak join sekolah saya menyambut Hari Guru, boleh lepas rindu kat cikgu hehehe dah lama tak jumpa mereka :') Setelah melangkah ke alam universiti, tidak dinafikan bahawa perasaan rindu akan zaman persekolahan dulu sering kali timbul dalam sanubari(chewahh) tatkala diri diselubungi stress dek assignment menggunung ataupun ketika test yang banyak dalam waktu yang singkat. Dulu, segalanya disuap, kadang sehingga membuat kita tidak menghargai ilmu yang diberi. Kini, diri perlu berdikari sebagai latihan menempuh hidup setelah tamat pengajian. Pabila termenung, mulalah zaman persekolahan yang menyerang masuk dalam ruang minda yang sedang serabut itu. Maka datanglah memori suka duka di alam persekolahan dulu dimana wajiblah wajah wajah guru dan rakan yang menjadi subjek kerinduan tersebut..


ghinnduuuuuuuuu T___T

   Tipulah kalau seseorang tu cakap dia tak rindu zaman sekolah dia sebab walaupun bermacam macam dugaan yang dihadapi sewaktu persekolahan, waktu itu lah sebenarnya kita belajar tentang kehidupan untuk sekurang kurangnya mematangkan fikiran dan tingkah laku kita. Kita mendapat pengalaman yang tidak terhingga banyaknya dalam tempoh 11 ataupun 13 tahun kita di bangku persekolahan. Biasa lah jika berlakunya perselisihan faham antara guru mahupun rakan rakan kita kerana itulah pahit manis yang perlu ditelan. Tidak perlu berdendam, buang sejauh mungkin yang keruh dan simpan lah dalam hati apa yang jernih, peace yoow ^^ Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakar dan bersalaman - Matera Beradu, Malique feat M.Nasir. 

   Berkaitan Hari Guru, banyak perkara yang dirindui sebenarnya. Ketika sambutan Hari Guru lah kita dapat lihat perkara yang jarang dilakukan(karaoke, poco-poco, main bola, suka neka, dsb) oleh guru kita dan ketika itulah terpampangnya sifat sebenar mereka. Sesungguhnya tiada cikgu yang garang, pelajar je yang sering buat cikgu marah hahaha(realiti). Apapun jikalau mereka ada memarahi kita itu sudah tentulah 100% demi kebaikan kita. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang. Betul lah, mereka nak kita berjaya, mereka taknak kita semakin hanyut dengan perkara perkara lagha, mereka mencuba membantu kita yang masih pendek akal dalam melakukan sesuatu, sesungguhnya benarlah bahawa mereka diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menyinari kehidupan orang lain. Mereka ikhlas dalam mengajar kita bukan sahaja dalam kelas malah di mana mana sahaja sebab itulah kita harus menghormati mereka sebaik mungkin. Khutbah Jumaat tadi pun membincangkan tentang jasa jasa guru dan kepentingan menghormati mereka.

   Di universiti, pensyarah juga guru yang mengajar kita, sepatutnya kita menunjukkan lebih rasa hormat kepada mereka kerana walaupun kita sudah 'besar'. Tiada alasan untuk bertindak kurang ajar kepada pensyarah kerana mereka juga memberi ilmu kepada kita, bahkan banyak mendedahkan kepada kita tentang apa yang akan berlaku kepada kita semasa kita bekerja kelak. Kita boleh berkongsi kemusykilan dengan mereka dan dapat bersama sama menyelesaikan masalah. Itu dapat menjadikan kita sebagai mahasiswa yang mampu memenuhi kehendak pasaran pada masa hadapan. Tidak rugi buat baik. Serius cakap :)


   Moralnya, kenanglah jasa jasa yang ditabur oleh para guru, untuk membalas itu mustahil tetapi apabila dikenang, ia akan terpahat dihati. Sayangi guru anda dan rakan seperjuangan anda, tanpa support dari mereka, dan yang Maha Esa, anda tidak mampu mendaki gunung kejayaan. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA!!


List tempat belajarku


  •  Tabika Homalee............................................................(2000-2001)
  • SK Padang Garong 1.....................................................(2002-2007)
  • SMK Ismail Petra..........................................................(2008-2012)
  • UiTM Bukit Besi............................................................(2013-now)



Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah sob sob 2012 dalam kenangan T_T



Akhir kata, TERIMA KASIH CIKGU, TERIMA KASIH MALAYSIA :')

No comments:

Post a Comment