Haa hari ni mungkin hari terakhir saya menulis di blog ini hehe mohon jange sedih, kah kah kah gurau gurau.. Jadi, dalam post yang mungkin yang terakhir daripada saya, saya ingin menjelaskan kenapa saya memilih nama 'ekzosperang' itu bagi URL blog ini. Sebenarnya, pada mulanya saya tiada idea untuk memilih nama yang sesuai tetapi setelah lama termenung, terlintas nama tersebut dalam fikiran saya. Jadi, apa lagi? Nama pun dah cukup brutal, jadi saya memilih nama tersebut sebagai URL blog ini. Tetapi kenapa ekzos perang? Apa kaitan ekzos dengan perang?
Sebenarnya, saya merupakan seorang yang sangat meminati dunia permotoran, tetapi malangnya, tidak ramai yang seusia saya memiliki minat yang sama, lebih kepada orang yang lebih berusia dalam lingkunga 24 tahun ke atas. Saya meminati dunia kelajuan ni bermula daripada darjah 4 sehinggalah sekarang. Pada zaman persekolahan dulu, lagi sukar untuk saya berkongsi minat ini dengan rakan rakan kerana mereka kebanyakannya tidak seminat saya dalam dunia permotoran ini,. Tetapi, mujur lah saya boleh berkongsi minat ini dengan bapa kesayanganku kerana bapa saya juga minat kereta kereta yang laju. Bapa saya lah yang banyak mengajar tentang asas asas dan kefahaman tentang enjin dan bagaimana sesebuah kereta berfungsi sebelum saya belajar sendiri tentang dunia modifikasi kereta kebanyakan daripada majalah majalah automotif tempatan. Melalui majalah seperti majalah KERETA, GILA KERETA, HYPERTUNE, OPTION MALAYSIA, dan sebagainya, saya dapat belajar tentang teori teori untuk mengubahsuai kenderaan. Buat masa sekarang, Alhamdulillah, basic kefahaman tentang kenderaan sudah saya kuasai dan saya berhasrat untuk memahaminya secara lebih praktikal jika diberi peluang pada masa hadapan.
Jadi, mana kaitannya dengan ekzos perang? Sebenarnya, ekzos perang itu merujuk kepada ekzos yang bising yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bunyi yang dihasilkan pula bergantung kepada enjin, lazimnya, enjin daripada jenis Naturally Aspirated (N/A) yakni enjin yang tidak bergantung pada pengecas turbo atau jenis pendesak yang lain, akan menghasilkan jeritan yang lunak dan apabila digandingkan dengan sistem ekzos yang betul, akan membuatkan orang ramai memanggilnya ekzos perang. Lazimnya, istilah ini digunakan oleh pemain enjin B series atau K series VTEC(HONDA), 4G92 MIVEC(MITSUBISHI) atau 4AGE(TOYOTA) kerana enjin enjin tersebut adalah daripada jenis N/A dan akan menghasil bunyi "prangggggg" yang bingit apabila enjin meligat pada RPM tinggi. Pemain motosikal kuasa tinggi mahupun pemain kapcai yang sudah dimodifikasi juga tidak asing lagi dengan frasa 'ekzosperang' ini. Bunyinya membuat kita teruja, jika tidak dipijak pendikit throttle, enjin akan melahu dengan senyap atau sedikit bunyi dengung, apabila pedal minyak ditekan rapat, maka berteriaklah enjin tersebut keriangan hahaha ^^. Ini adalah antara contoh ngauman enjin N/A di jalan pergunungan di Jepun yang melibatkan jentera Honda dengan enjin VTEC http://www.youtube.com/watch?v=jn0Ac-bu39E .
Bagi enjin yang menggunakan sistem turbo ataupun daripada jenis Force Induction pula, bunyi yang dihasilkan adalah lebih kepada bunyi bass. Tetapi apabila ditekan ke RPM yang lebih tinggi, turbo tersebut mula menghasilkan kuasa atau 'spool' dan bunyi yang dihasilkan pada ketika itu adalah lebih kepada bunyi angin dan apabila 'wastegate' mula menstabilkan boost di dalam turbin, maka bunyi yang dihasilkan lebih kepada angin yang tersepit. Mungkin penjelasan yang saya berikan tidak dapat menggambarkan situasi sebenar, tetapi, jikalau didengar dengan telinga sendiri, itu akan menjadi orkestra yang indah hasil daripada pergerakan mekanikal sesebuah enjin tersebut. Ini pula adalah contoh bunyi kereta berenjin turbo, Nissan Skyline R34 GTR dengan enjin RB26DETT yang ditingkat kan sesarannya kepada 2800cc. http://www.youtube.com/watch?v=SccjaskA1n8 .
Jadi, begitulah sedikit sebanyak tentang apa yang saya boleh kongsikan dengan anda semua tentang asal usul nama 'ekzos perang' tersebut. Saya masih lagi nubis dalam dunia permotoran, masih banyak lagi perlu dipelajari oleh saya untuk terus maju kehadapan. Ini adalah minat saya, dan cita cita saya juga ingin berada dalam bidang ini pada masa hadapan. Korang jadi lah doktor, arkitek apa semua tu, aku nak fokus dalam bidang ni, sekiann haha. Akhir kata, terima kasih kepada pihak yang sudi memberikan saya peluang untuk berceloteh di dalam blog dalam lebih kurang 5 hari ini. Banyak pengalaman menulis yang perolehi kerana sebelum ini saya tak pernah pun menulis di dalam blog, jikalau berkesempatan, akan ada entry seterusnya dengan perkara menarik untuk dikongsi bersama. Assalamualaikum dan peace yowww !!! ^____^
![]() |
Masih jauh perlu ku belajar |
![]() |
Sayonara hingga berjumpa lagi ^_^ |