Tuesday, May 20, 2014

Kenapa ekzos perang?

  Haa hari ni mungkin hari terakhir saya menulis di blog ini hehe mohon jange sedih, kah kah kah gurau gurau.. Jadi, dalam post yang mungkin yang terakhir daripada saya, saya ingin menjelaskan kenapa saya memilih nama 'ekzosperang' itu bagi URL blog ini. Sebenarnya, pada mulanya saya tiada idea untuk memilih nama yang sesuai tetapi setelah lama termenung, terlintas nama tersebut dalam fikiran saya. Jadi, apa lagi? Nama pun dah cukup brutal, jadi saya memilih nama tersebut sebagai URL blog ini. Tetapi kenapa ekzos perang? Apa kaitan ekzos dengan perang? 

   Sebenarnya, saya merupakan seorang yang sangat meminati dunia permotoran, tetapi malangnya, tidak ramai yang seusia saya memiliki minat yang sama, lebih kepada orang yang lebih berusia dalam lingkunga 24 tahun ke atas. Saya meminati dunia kelajuan ni bermula daripada darjah 4 sehinggalah sekarang. Pada zaman persekolahan dulu, lagi sukar untuk saya berkongsi minat ini dengan rakan rakan kerana mereka kebanyakannya tidak seminat saya dalam dunia permotoran ini,. Tetapi, mujur lah saya boleh berkongsi minat ini dengan bapa kesayanganku kerana bapa saya juga minat kereta kereta yang laju. Bapa saya lah yang banyak mengajar tentang asas asas dan kefahaman tentang enjin dan bagaimana sesebuah kereta berfungsi sebelum saya belajar sendiri tentang dunia modifikasi kereta kebanyakan daripada majalah majalah automotif tempatan. Melalui majalah seperti majalah KERETA, GILA KERETA, HYPERTUNE, OPTION MALAYSIA, dan sebagainya, saya dapat belajar tentang teori teori untuk mengubahsuai kenderaan. Buat masa sekarang, Alhamdulillah, basic kefahaman tentang kenderaan sudah saya kuasai dan saya berhasrat untuk memahaminya secara lebih praktikal jika diberi peluang pada masa hadapan.

   Jadi, mana kaitannya dengan ekzos perang? Sebenarnya, ekzos perang itu merujuk kepada ekzos yang bising yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bunyi yang dihasilkan pula bergantung kepada enjin, lazimnya, enjin daripada jenis Naturally Aspirated (N/A) yakni enjin yang tidak bergantung pada pengecas turbo atau jenis pendesak yang lain, akan menghasilkan jeritan yang lunak dan apabila digandingkan dengan sistem ekzos yang betul, akan membuatkan orang ramai memanggilnya ekzos perang. Lazimnya, istilah ini digunakan oleh pemain enjin B series atau K series VTEC(HONDA), 4G92 MIVEC(MITSUBISHI) atau 4AGE(TOYOTA) kerana enjin enjin tersebut adalah daripada jenis N/A dan akan menghasil bunyi "prangggggg" yang bingit apabila enjin meligat pada RPM tinggi. Pemain motosikal kuasa tinggi mahupun pemain kapcai yang sudah dimodifikasi juga tidak asing lagi dengan frasa 'ekzosperang' ini. Bunyinya membuat kita teruja, jika tidak dipijak pendikit throttle, enjin akan melahu dengan senyap atau sedikit bunyi dengung, apabila pedal minyak ditekan rapat, maka berteriaklah enjin tersebut keriangan hahaha ^^. Ini adalah antara contoh ngauman enjin N/A di jalan pergunungan di Jepun yang melibatkan jentera Honda dengan enjin VTEC  http://www.youtube.com/watch?v=jn0Ac-bu39E .

   Bagi enjin yang menggunakan  sistem turbo ataupun daripada jenis Force Induction pula, bunyi yang dihasilkan adalah lebih kepada bunyi bass. Tetapi apabila ditekan ke RPM yang lebih tinggi, turbo tersebut mula menghasilkan kuasa atau 'spool' dan bunyi yang dihasilkan pada ketika itu adalah lebih kepada bunyi angin dan apabila 'wastegate' mula menstabilkan boost di dalam turbin, maka bunyi yang dihasilkan lebih kepada angin yang tersepit. Mungkin penjelasan yang saya berikan tidak dapat menggambarkan situasi sebenar, tetapi, jikalau didengar dengan telinga sendiri, itu akan menjadi orkestra yang indah hasil daripada pergerakan mekanikal sesebuah enjin tersebut. Ini pula adalah contoh bunyi kereta berenjin turbo, Nissan Skyline R34 GTR dengan enjin RB26DETT yang ditingkat kan sesarannya kepada 2800cc. http://www.youtube.com/watch?v=SccjaskA1n8 .

   Jadi, begitulah sedikit sebanyak tentang apa yang saya boleh kongsikan dengan anda semua tentang asal usul nama 'ekzos perang' tersebut. Saya masih lagi nubis dalam dunia permotoran, masih banyak lagi perlu dipelajari oleh saya untuk terus maju kehadapan. Ini adalah minat saya, dan cita cita saya juga ingin berada dalam bidang ini pada masa hadapan. Korang jadi lah doktor, arkitek apa semua tu, aku nak fokus dalam bidang ni, sekiann haha. Akhir kata, terima kasih kepada pihak yang sudi memberikan saya peluang untuk berceloteh di dalam blog dalam lebih kurang 5 hari ini. Banyak pengalaman menulis yang perolehi kerana sebelum ini saya tak pernah pun menulis di dalam blog, jikalau berkesempatan, akan ada entry seterusnya dengan perkara menarik untuk dikongsi bersama. Assalamualaikum dan peace yowww !!! ^____^




Masih jauh perlu ku belajar

Sayonara hingga berjumpa lagi ^_^


Monday, May 19, 2014

Happy Monday!! not Gloomy Monday :)

   Hari ini, Isnin, yee semua orang tahu ha ha ha kalau anda perasan setiap entry dalam blog ini saya mulakan dengan "hari ini" hehe entah lah, perkara ersebut terjadi secara kebetulan dan saya sendiri baru perasan. Jadi, apakah aktiviti saya hari ini? Yeah, bangkitnya pada jam 8.30 pagi setelah dikejut oleh abekeppa, saya mandi dan bersiap untuk ke destinasi menarik hari ini. Dimana? Haa di Pantai Irama, Bachok. Sebelum bertolak kami berkumpul di rumah abekkeppa, seramai empat orang yang menyertai trip pada hari ini. Pada kira kira jam 9.50 pagi kami bertolak ke bachok melalui Kedai Lalat. Sebenarnya Pantai Irama ni tidaklah jauh mana dari Kota Bharu, jika aliran traffik lancar, maka kita akan sampai ke destinasi hanya dalam masa 30 minit. Sebenarnya, banyak memori kami dan kawan kawan semasa berada di pantai tersebut kerana kami sering ke pantai tersebut dengan hanya mengayuh basikal pada zaman persekolahan dulu. Bilangan rakan yang ramai ketika sesi berbasikal tersebut membuatkan kami tidak letih untuk mengayuh sejauh itu, malah itu adalah pengalaman yang menyeronokkan dan kami rindu dan berbasikal semula tetapi sekarang susah untuk kami berjumpa kerana perbezaan cuti. Sabar je lah ha ha ha. 

   Sesampainya di pantai tersebut, kami hanya meronda ronda dahulu kawasan tersebut kerana sudah lama kami tidak ke sini. Setelah puas meronda, kami mengunjungi kedai makan yang berada di pintu masuk pantai tersebut untuk sarapan. Ketika itu, saya perasan, sebuah KFC sedang dalam pembinaan, lepas ni meriah lah pantai ni sampai ke malam ha ha ha. Kami bersarapan seketika dan kemudiannya pergi ke kawasan untuk kami mandi dan bersuka ria. Ohh seronoknya hehe. Kami tak sabar sabar untuk bermain air dan lepas menyalin pakaian, apa lagi seranggggggg hahaha maka basah lah tiga orang kawan saya tu. Saya taknak mandi hari ni, nak lepak lepak je, tu pun kulit dah gelap haha. Saya lebih kepada mengambil gambar alam sekeliling, lawa sangat, serius cakap hehe.


macam best je tengok gambar ni haha

pokok rhu dimana mana

Add caption

pokok nyior nama beliau

dari jauh ku berlari, mengejar mimpi mimpi kah kah kah

time ni angin sepoi sepoi bahasa hehe

best main air yee ajim? kah kah kah

disini ada dataran yang ditambak, sungguh sesuai kalau nak begambar

yang ni sebelah belakangnya 

   Setelah sejam setengah, kami naik dah mengeringkan diri, lepas tu kami makan makan sikit dah bergerak pulang. Maka tamat lah perjalanan kami untuk hari ini. Aktiviti pada malam hari pula ialah menonton movie Real Steel, tengok banyak kali pun tak boring sebab cerita dia best dan Hugh Jackman memang macho kah kah kah. Sesudah menonton saya makan lagi(makan je keje) dan lepas tu saya buat kajian sikit untuk enjin 4AGE Silvertop daripada keluaran Toyota. Sekian saja aktiviti saya pada hari ini. Byeee :)

Sunday, May 18, 2014

Hari ni hujan lagi :)

   Hari ni, Ahad, jam 11.30 pagi baru diriku tersedar dari mimpi hehe. Bangun je terus sarapan keropok lekor dari Terengganu, memang awesome wa cakap samu lu ha ha ha. Habis je sarapan, mama ajak pergi ke Balai Islam, Lundang, kerana sekarang ni sedang berlangsung jualan murah dari syarikat Pacific. Apalagi? Mandi dan bersiaplah diriku untuk ke sana. Sesampai di Balai Islam, saya dan mama terkejut kerana orang ramai mengunjungi jualan tersebut walaupun hari ini adalah hari bekerja bagi negeri Kelantan. Masuk sahaja dalam dewan tempat jualan itu berlangsung, saya melihat banyak barangan keperluan dijual dengan harga yang sangat murah, sesetengah barang dapat diskaun sampai 80%, mana nak cari? Kompem syok shopping kat sini hehe. Jualan ini sangat sesuai kepada pelajar lepasan SPM yang bakal melangkah ke universiti kerana hampir semua barang keperluan dijual disini dengan harga yang sangat murah. Untung wooo..

   Dalam banyak banyak barang saya hanya beli cadar dan ubat gigi, jangan tanya kenapa ubat gigi, murah yang amat. Cadar tersebut harga asal dalam lingkungan RM150 hanya dijual dalam RM30 sahaja!! Boleh la merasa cadar baru di sem hadapan ha ha ha. Tapi kenapa tajuk entry kali ni hari ni hujan lagi? Apa kaitan dengan shopping? Sebenarnya lepas selesai membeli, saya dan mama bercadang untuk beredar dari tempat jualan tu dan semasa dalam perjalanan ke tempat parking, hujan turun dengan lebatnya tanpa sebarang amaran. Nasib baik saya dan mama dah dekat dengan kereta, takda la sampai basah lencun hehe syukur :)

   Setelah menghantar mama ke tempat kerja beliau, saya pulang ke rumah. Setelah sampai ke rumah, jeng jeng jeng, keboringan melanda diri. Mula lah saya  menghidupkan televisyen dan mencari rangcangan untuk ditonton. Belek punya belek, saya terlihat rancangan dalam saluran HBO yang bertajuk, Jack and The Giant Slayer. Movie ni menarik, tentang petani muda yang hidup susah dan meniaga dalam satu kota, nak dijadikan cerita, ada seorang rahib inginkan kuda yang dijual nya tetapi rahib itu hanya membayarnya dengan kacang yang dikatakan sakti. Petani tersebut pulang ke rumah dan dimarahi oleh pakciknya kerana begitu mudah dia menjual kuda tersebut dengan hanya bayaran beberapa biji kacang. Pakciknya beredar dari rumah dalam keadaan marah dan tiba tiba seorang puteri datang ke rumahnya dalam keadaan basah disebabkan hujan lebat. Dia menjemput puteri tersebut masuk ke rumahnya dan mereka berbual sehinggalah kacang yang diberi oleh rahib tadi terkena air hujan kerana rumahnya bocor. Kacang tersebut membesar dan terus membesar dan dari situlah bermulanya pengembaraan petani tersebut ke alam gergasi hehe. Seterusnya? tengok sendiri ha ha ha barulah saspen :)

   Pabila malam menjelma, saya keluar jalan jalan di kawasan Tambatan DiRaja berhampiran Sungai Kelantan, saya langkah kanan kerana terdapat band yang membuat persembahan di dataran tersebut. Dengan angin yang sepoi sepoi diiringi lagu lagu lama, sangat menenangkan jiwa penonton.

ni masa diorang sound check

masa ni main muzik je

yang ni dah ada yang menyanyi

  Lebih kurang jam 10.30, saya berangkat pulang sebab perut dah mula menyanyi kelaparan hehe sekian saja daripada saya hari ini. See you tomorrow!! :)




Saturday, May 17, 2014

Hari ni nak buat apa ha??


   Hari ni pagi yang sejuk menyelubungi Kota Bharu. Hujan yang turun hingga tengah hari sedikit sebanyak menyegarkan pokok pokok yang dah banyak bulan kekeringan sebab dah lama tak hujan. Disebabkan cuaca sejuk, terbabas tidur tengah hari baru sedar hahaha. Bangkit dari tidur, terus siap siap nak hantar mama ke tempat kerja beliau. Then, lepas hantar mama, saya balik ke rumah dan simptom simptom kebosanan sudah mula timbul. 
Apa nak buat ha?

   Haa maka sel sel otak mula berhubung untuk memikirkan idea apakah yang perlukan dilakukan masa boring ni. Hujan hujan ni tido je best tapi disebabkan terlebih tido, saya pun mulalah mencari laptop kesayangan untuk menghiburkan diri. Hasrat untuk menghiburkan diri dengan online Facebook bertukar menjadi lebih serius dan ingin tahu apabila ternampak posting tentang LSD(limited slip differential) Full Lock dalam sebuah grup automotif dalam wall Facebook saya. Maka apa lagi? Jom la ke Youtube untuk mencari maklumat tambahan berkaitan LSD tersebut. Tetapi kenapa Youtube? Jawapannya boleh saja nak cari dalam Google tentang web yang menceritakan perihal LSD tetapi saya malas membaca, jadi rangsangan melalui video lebih efisien dalam menyampaikan maklumat kepada saya hehe. Saya hanya menjumpai dua video berkaitan LSD tersebut dan salah satu video tersebut mengambil sistem differential daripada Toyota dan menjelaskan dengan lebih lanjut. Serius cakap, 50% je yang saya faham sebab saya masih tiada basic tentang bagaimana LSD berfungsi secara meknikalnya. Setelah tamat video tersebut, saya terlihat cadangan video yang berkaitan bagaimana klac dan kotak gear boleh berfungsi. Wahh, menarik!! Setelah melihat video pertama ni http://www.youtube.com/watch?v=aAWxZRuBXtw , saya masih samar samar dan pening lalat kerana tidak memahami cara sistem tersebut berfungsi. Tamat video tersebut, semangat makin membara mahukan penjelasan tentang sistem klac dan kotak gear konvensional dan bagaimana ia berfungsi. Maka saya klik pula di video ini http://www.youtube.com/watch?v=K53cPGRE1Kk dan ini http://www.youtube.com/watch?v=pqF-aBtTBnY , semakin cerah kefahaman saya dan saya mencari lagi beberapa video untuk penjelasan yang lebih akhirnya saya menjumpai video ini http://www.youtube.com/watch?v=zgb8-2Y4A8A yang berdurasi hambir 29 minit menerangkan secara terperinci bagaimana sistem tersebut berfungsi. Akhirnya dengan izin Allah, dapatlah saya memahami sedikit sebanyak tentang bagaimana sesebuah kotak gear dan klac berfungsi bagi menyalurkan kuasa enjin ke permukaan jalan. Sejujurnya masih ada perkara yang menjadi kemusykilan dan saya akan mencari jawapan tersebut dalam masa terdekat. Sesungguhnya, memahami enjin lebih mudah berbanding kotak gear dan klac hehe.

explode diagram untuk sistem klac
sumber: Google
   
basic gearbox
sumber: Google


yang ni sup gearbox.. bukan gearbox haha


   Setelah mendapat ilmu yang berguna pada hari ini, mula terlintas di fikiran, taknak check kereta sendiri ke? Jadi, apalagi, dengan berbekalkan sebotol air perigi, sebotol minyak pelincir Honda, saya mendekati kereta kesayangan dan mula membuka bonet hadapan(hood). Pada mulanya saya memeriksa keadaan minyak pelincir enjin dan mendapati ia perlu ditambah(sebab masa last servis, hanya sparuh botol diisi ke dalam enjin. Lepas tu tambah dengan minyak Bardahl.). Minyak pelincir Honda digunakan meskipun enjin kereta saya ialah enjin 3A keluaran Toyota ha ha ha. Tidak mengapa, boleh saja digunakan tanpa sebarang masalah. Saya menambah minyak tersebut hingga ke paras sepatutnya dan langkah seterusnya ialah menukar air radiator kereta tersebut. Setelah semuanya selesai, saya menghidupkan enjin untuk membiarkan minyak pelincir dan air yang baru disalin tadi untuk mengelilingi ruang blok enjin. Setelah dibiarkan melahu selama 15 minit, saya mematikan enjin dan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah :)
inilah kereta tersebut.. jentera retro yang perlukan belaian klassik :)

tongkat ali untuk enjin berusia haha

minyak Honda di enjin Toyota? No problem bro :)

   Setelah malam menjelma, saya dan abekeppa keluar jalan jalan di Wakaf Che Yeh. Misinya adalah untuk mencari kasut untuk dipakai ke kelas sem hadapan tetapi malangnya tiada yang berkenan di hati. Setelah menghabiskan dua bungkus jambu batu kami berangkat pulang. Balik awal sebab kami budak baek hehehe^^ Sekian saja untuk hari ini, see you tomorrow!! BYEEEE :)








Friday, May 16, 2014

Ehhh 16 Mei?? Yee hari ni Hari Guru laa bro!!

     Ya betul, hari ni tarikhnya nye 16 Mei dan seperti sedia maklum, hari ni ialah Hari Guru yang disambut di seluruh Malaysia. Tetapi malangnya, bagi negeri negeri yang cuti pada hari ni (jumaat) mereka tak berkesempatan untuk menyambut Hari Guru bersama guru tersayang mereka pada hari ini. Mungkin pada ahad ini, sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan di sekolah masing masing. Jikalau berkesempatan saya juga berminat nak join sekolah saya menyambut Hari Guru, boleh lepas rindu kat cikgu hehehe dah lama tak jumpa mereka :') Setelah melangkah ke alam universiti, tidak dinafikan bahawa perasaan rindu akan zaman persekolahan dulu sering kali timbul dalam sanubari(chewahh) tatkala diri diselubungi stress dek assignment menggunung ataupun ketika test yang banyak dalam waktu yang singkat. Dulu, segalanya disuap, kadang sehingga membuat kita tidak menghargai ilmu yang diberi. Kini, diri perlu berdikari sebagai latihan menempuh hidup setelah tamat pengajian. Pabila termenung, mulalah zaman persekolahan yang menyerang masuk dalam ruang minda yang sedang serabut itu. Maka datanglah memori suka duka di alam persekolahan dulu dimana wajiblah wajah wajah guru dan rakan yang menjadi subjek kerinduan tersebut..


ghinnduuuuuuuuu T___T

   Tipulah kalau seseorang tu cakap dia tak rindu zaman sekolah dia sebab walaupun bermacam macam dugaan yang dihadapi sewaktu persekolahan, waktu itu lah sebenarnya kita belajar tentang kehidupan untuk sekurang kurangnya mematangkan fikiran dan tingkah laku kita. Kita mendapat pengalaman yang tidak terhingga banyaknya dalam tempoh 11 ataupun 13 tahun kita di bangku persekolahan. Biasa lah jika berlakunya perselisihan faham antara guru mahupun rakan rakan kita kerana itulah pahit manis yang perlu ditelan. Tidak perlu berdendam, buang sejauh mungkin yang keruh dan simpan lah dalam hati apa yang jernih, peace yoow ^^ Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakar dan bersalaman - Matera Beradu, Malique feat M.Nasir. 

   Berkaitan Hari Guru, banyak perkara yang dirindui sebenarnya. Ketika sambutan Hari Guru lah kita dapat lihat perkara yang jarang dilakukan(karaoke, poco-poco, main bola, suka neka, dsb) oleh guru kita dan ketika itulah terpampangnya sifat sebenar mereka. Sesungguhnya tiada cikgu yang garang, pelajar je yang sering buat cikgu marah hahaha(realiti). Apapun jikalau mereka ada memarahi kita itu sudah tentulah 100% demi kebaikan kita. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang. Betul lah, mereka nak kita berjaya, mereka taknak kita semakin hanyut dengan perkara perkara lagha, mereka mencuba membantu kita yang masih pendek akal dalam melakukan sesuatu, sesungguhnya benarlah bahawa mereka diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menyinari kehidupan orang lain. Mereka ikhlas dalam mengajar kita bukan sahaja dalam kelas malah di mana mana sahaja sebab itulah kita harus menghormati mereka sebaik mungkin. Khutbah Jumaat tadi pun membincangkan tentang jasa jasa guru dan kepentingan menghormati mereka.

   Di universiti, pensyarah juga guru yang mengajar kita, sepatutnya kita menunjukkan lebih rasa hormat kepada mereka kerana walaupun kita sudah 'besar'. Tiada alasan untuk bertindak kurang ajar kepada pensyarah kerana mereka juga memberi ilmu kepada kita, bahkan banyak mendedahkan kepada kita tentang apa yang akan berlaku kepada kita semasa kita bekerja kelak. Kita boleh berkongsi kemusykilan dengan mereka dan dapat bersama sama menyelesaikan masalah. Itu dapat menjadikan kita sebagai mahasiswa yang mampu memenuhi kehendak pasaran pada masa hadapan. Tidak rugi buat baik. Serius cakap :)


   Moralnya, kenanglah jasa jasa yang ditabur oleh para guru, untuk membalas itu mustahil tetapi apabila dikenang, ia akan terpahat dihati. Sayangi guru anda dan rakan seperjuangan anda, tanpa support dari mereka, dan yang Maha Esa, anda tidak mampu mendaki gunung kejayaan. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA!!


List tempat belajarku


  •  Tabika Homalee............................................................(2000-2001)
  • SK Padang Garong 1.....................................................(2002-2007)
  • SMK Ismail Petra..........................................................(2008-2012)
  • UiTM Bukit Besi............................................................(2013-now)



Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah sob sob 2012 dalam kenangan T_T



Akhir kata, TERIMA KASIH CIKGU, TERIMA KASIH MALAYSIA :')

Thursday, May 15, 2014

Hari pertamaku di blog ^^

Assalamualaikum hehe hari ni hari pertama saya di ruangan blog alam maya ni. Banyak benda boleh dishare dengan pembaca semua tentang aktiviti yang saya buat hari ni. Pergh, sampai ke malam dibuatnya ha ha ha :)
Aktiviti menarik hari ni sebenarnya bermula dari pagi lagi, dalam jam 10 tu saya dah siap mandi(jarang betul mandi awal sebab bangun pun dah lambat). Sebenarnya hari ni ada interview ringkas dengan aunty Linda merangkap wakil syarikat Nielsen Malaysia. Exited jugak sebenarnya sebab ni la first time saya di interview :). Lepas lebih kurang jam 11.30 pagi, kami berangkat ke tempat lepak kegemaran saya dan kawan kawan iaitu restoran Thai Square yang terletak di tengah tengah bandar Kota Bharu. Dalam perjalan tu kami ke rumah kawan saya, Hafiz(abekeppa) untuk menjemput dia untuk lepak bersama di kedai tersebut. Sebenarnya saya pernah kerja di kedai tersebut dan jikalau berkesempatan berada di Kota Bharu boleh la mencuba makanan yang disediakan di kedai tersebut, gerenti best ^^ Semasa di Thai Square, saya dan abekeppa sekali lagi di interview oleh aunty Linda. Kami happy sebab interview tu berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan santai hehe. Lepas selesai interview tersebut, saya dan abekeppa teruskan perjalan ke pantai Seri Tujuh, Tumpat. 


HAA? KETUMPATKEKITE? ha ha ha YAA BETULL

Pantai Seri Tujuh ni tak jauh sangat pun sebenarnya dari Kota Bharu, dalam lingkungan 23 kilometer sahaja melalui jalan yang tenang dengan angin sepoi sepoi bahasa walaupun cuaca agak panas sebenarnya. Langkah diteruskan apabila sampai di tasik air masin berdekatan dengan kawasan pantai tersebut. Tempat larangan mandi dan berenang ni menggamit memori saya ketika tingkatan 4 dulu diamana saya dan kawan kawan sering kesini dengan hanya mengayuh basikal dari bandar Kota Bharu semata2 untuk mandi di tasik ini. Saya dan abekeppa sempat mengambil beberapa foto kenang kenangan kerana kami sudah mahu berangkat pulang. Lawatan singkat ini sekadar untuk mengisi masa lapang dan juga untuk melepas rindu akan pantai tersebut. Kemudian kami balik ke Kota Bharu dengan perut yang lapar ha ha ha jadi, nak makan di mana???

duk bawah ni,, kompem teduh

bahaya ni kalau mandi

ni orang panggil pokok rhu

abaikan hahaha

credit to: abekeppa
sempat lagi ambik gamba ni masa tunggu train lalu

credit to: abekeppa

ccredit to: abekeppa

Sesampai Kota Bharu, kami meluru ke kedai air kelapa dan mee sup di Cherang. Apabila perut kenyang suka hati, kami balik ke rumah dengan gembiranya hahaha!!!


Pada malamnya(baru tadi), saya ke Baung dengan baba untuk membeli satay dan kemudiaannya menjemput mama dari tempat kerjanya untuk shopping sikit kat pasaraya Billion. Setelah membeli keperluan, kami balik kerana perut lapar juga(constantly hungry muahahaha)



malam ni kita rilek dulu yee.. peacee :)

Sekian dari saya,, sayonara and good night. Terima kasih jumpa lagi esok byeeeeeeeeee. :)

Wednesday, May 14, 2014

Saya budak baru belajar.. peace yoww!!

Assalamualaikum hehe ni first entry saya. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan yee. Saya akan share la apa yang menarik untuk dikongsi dalam blog ni dari semasa ke semasa. Akhir kata, selamat malam and peace yoww!!